Salam maalhijrah 1431H dan salam tahun baru 2010... salam umur baru....mcm Xcaya jer rasa mcm muda ja lagihehe... dah hampir sebulan sambut taun baru mal hijrah dan dah seminggu masuk tahun baru.. sekejap ja rasa..umor semakin meningkat..amal perlu diperbanyakkan lagi.. Tahun 2010....apa akan terjadi..DIA yang maha mengetahui segalanya...hidup mati sakit jodoh rezki..perancangan ALLAH maha hebat..think positif
~Allah yang mengetahui segalanya~
~pic guna kamre baru..i like this~
~Adilah dah masuk darjah satu..1st day nak pg sekolah baru..semangat btol..awal2 subuh
Sukarnya bermujahadah... dalam saat dan ketika ini... hidup perlu kuat bermujahadah... yA-ALLAH bantulah hambamu....
jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.........
"Mak lang..semua orang kat dunia ni mati ka nanti...adilah, ummi, abi, mak lang semua mati ka..?" tnya anak kecil..."ya..semua yang hdup kat dunia rasa mati...kita pun tak tau bla kita akan mati...bila-bila saja ALLAH boleh cabut nyawa kita...jadi, kita perlu ada bekal..nak jumpa ALLAH nanti...kalu kita tak bawak apa2 amal ibdat macamna nak jumpa dengan ALLAH... DIA yang cipta kita..."sambung ku lagi.. "ooo...nanti bila dah mati boleh tak adilah jumpa ummi abi...??" soal penuh tanda tnya "Boleh...Adilah kena banyak doa...buat apa yang ALLAH suruh, sembahyang...ikot ckap ummi abi..jadi anak solehah..i-ALLAH nanti kita semua akan jumpa.. jumpa di syurga..kita kena doa banyak2..."
Saat perpisahan itu akan tiba..dan tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu...jika datangnya kita tidak diminta, maka perginya tidak diduga. Apabila kita sanggup untuk hidup, maka kita perlu sanggup untuk mati. Apabila sanggup datang, mesti sanggup pulang. Kita disini hanya menghabisi bilah-bilah hari yang ditentukan..tjuan kesini untuk diuji..tiba masnya pasti kembali!"
"Orang tak boleh pandang kita lemah. Kita perempuan Islam yang ada kekuatan dan maruah."
"Saya Salsabila Fahim telah banyak menderita. Tetapi jangan salah faham kerana saya tidak pernah menyalahkan. Tuhan telah memberi jalur dan warna tertentu untuk kita...Namun, biar saya mengingatkan, cerita ini bukan cerita cinta tiga segi. Ia cerita tentang pengorbanan manusia kepada Tuhan, cerita tentang takdir yang sangat manis setelah dikecap..."
Lamanya Xupdate blog.... bersawang dah....adoh habuk masuk mata... al-maklumla....masa ni kalu tak guna btol2 camtula... al-wakt kasssaif...masa mcm pedang... saja nak kongsi skit...saya da beli novel baru...hangat jgak la novel ni bg sapa yg pecinta novel islam...karangan faisal tehrani.....semua kenalkan penerima anugerah seni negara... sambil keja msa lapang curik la masa baca novel nih....so good...tp...Xbeh lagi...rmai yg "cup" nak baca...hehe...sabaryer....sya bc Xhabis g....k jumpa lagi.....
UJIAN ADALAH TARBIAH DIRI...dalam diri setiap insan milik ALLAH tak lari dari ujian... mcm2 ujian yg perlu kita tempuh...ujian dunia hanya sementara....yg pasti akan tiba ujian di akhirat nnti.....kkdg kita mengeluh..kenapa diuji sedemikian...begitu juga dengan diri ini..kekadang fikir nak lari dari semua ujian yg ada....ASTAGHFIRULLAH.........
KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM- IDAMKAN? "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI? "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST? "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara- perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45 APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? "Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129 AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!! "... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12
Sama-sama kita muhasabah diri kita, kenapa kita diuji....berdoalah sentiasa supaya kita tabah menghadapi ujian yg kita tempuhi...YaRAAB...engkaulah yang maha mendengar rintih hati kecil hambamu ini....
salam... Sekejap masa berlalu...kkdang tak sedar hari berganti hari..siang berganti malam...kejap ja rasa...rindu kawan2 seperjuangan..dah nak dekat setengah tahun melepasi saat tu..saat yg amat berharga...menuntut ilmu..dah 3bulan dah konvo..cepat btoiiii...umo pun dah semakin meningkat... amal?? perlu ditingkatkan lagiii..usaha...masa muda jgn biarkan macam tu saja...kata ustaz dalam radio ritu.." manusia ni bla dah Xlarat nak bgun (tua)..mcm2 ingat nak buat amal ibdat..dah tak upaya dah baru nak ingat..bgun tahajud..."Aku ni kalu larat buat dah solat2 tahajud tu..tapi dah Xdak daya nak bgun..tak larat dah tua nak buat camna"..itulah keluhan sebahagian insan yg di waktu muda Xingat nak kata mcm tu pun, bla dah tua......."sama2 kita muhasabah diri..di mana amal ibdah kita....???
Dunia ni hanya persinggahan....Akhirat kekal selamanya...
Destinasi selepas bergelar graduan
1st.....
Skrang tgal kenangan....sekejap jer kat cini..cikgu ganti..tp walau sekejap pengalaman tu amat bermakna...rupa2nya jd cikgu ni bukannya mudah...kkdg kita pke kita tahu...tp bla dah dtnya mcm2 soalan...ermmm....jawabnyer persediaan tu penting...ni kali pertama ngajaq kat sek men...slalu tadika jer..ngaja bbdak kecik...ari petama masuk ngaja kelas hindu semua...coz sek ni kat bandar, bilagan bangsa sama banyak..bla peralihan kelas untuk subjek agama kena cover satu kelas untuk moral n yg len subjek pendidikan islam..adohhh...parah gak mula2...al-maklumla..Xbiasa dengan suasana camni..coz sek agama..tp alhamdulillah..apa2 pun bagi diri ni..rasakan bidang pendidikan di hati sebb di samping mengajar kita sentiasa dengan ilmu..bla mengajar ni ada persoalan yg perlu kita cari jawapan...contohnya..dalam perkara solat jemaah...perkara berkaitan masbuq dan muafiq...kkdg kita tahu maksudnya jer dan perkara2 yg utama dalam masbuq dan muafiq.....tp bla timbul persoalan..ada yg kita Xdapt nak jawab coz Xselidik btol2 permaslahan yg ada...jd..sama2 la kita upgrade ilmu....ok..pe2 pun time kasih ssgt dekat guru besar SMBSP, Pn.Hafsah n guru2 dan murid2...rindu semua..
2nd... ar ni destinasi kedua tengah keja skag nie..
"Produk Halal Tanggungjawab Bersama" mari beli barangan HPA.. ni destinasi kedua lak... cawangan AMANJAYA... saya kagum dengan HPA.. keluaran bumiputera yang menegluarkan pelbagai produk.. macam2 ada.. bukan senang nak cari orang melayu boleh wak kuar baranagn 100% HALAL.. dan berjaya sehebat ni.. jualan amat meberangsangkan mencecah ratusan ribu seminggu... JOm tengok pe yg HPA dah kuarkan
sebahagia daripada barangan HPA Yang Halal Pastinya Herba Penawar al-Wahida..
RFC..Radix Fried Chicken..sedap... ar..ni yg terbaru keluaran HPA.. dah rasa belum.. jom cuba.. SEDAP..sememangnya HALAL.. di Lagenda Hight Sungai Petani..
ice cream..non lemak haiwan...
***********kesimpulannya mcm2 la ada..hotel, dobi, kedai buku....IT...bnyak la nak cita...tp memng KAGUM sgt dengan Tn. Hj. Ismail...syabas...******** apa2 pun pesanan kat sini..mari semak blik..barang yg kita guna adakah HALAL..... ini akan menjejaskan amal ibadah kita....coz pe yg kita mkan n pe yg kita guna akan menjadi darah daging kita dan sebahgian tu bawak masuk solat..so chek blik...
Jalan dakwah itu penuh ranajau duri.. Dijalan itulah... NABI NUH A.Smeratap NABI YAHYA A.Sdisembelih SAIDINA UMAR dibunuh darah SAIDINA UTHMANtertumpah SAIDINA ALIdisergap belakangPARA IMAMdisebat...
bahan ini saya ambil dari buku KUNCI KEJAYAAN MINDA.. yg ditulis oleh DR. 'AIDH ABDULLAH AL-QARNI.. pengarang buku LA TAHZAN... sama2 kita kongsi..
Salam... Berita yang menggemparkan dan agak menyedihkan saya...Haramkan Niqab..@ Purdah....?? tutp aurat jd isu?? Nape org dedahkan aurat tak jadikan isu..berapa ramai umat islam kat dunia ni yg tahu tentang batasan aurat, dedah sana sini, terbuka atas bawah tp tak jadi isu pun...bukan setakat mendedahkan aurat..maksiat berleluasa...kita tak perlu lihat jauh..contoh dekat dah da...pelik-pelik...lagi pelik bila isu pengharaman niqab ni dikeluarkan oleh yang dilabel ULAMA dan imam bg universiti yang terkenal banyak melahirkan ulama'....Nape jd camni...?? Adakah dunia hampir dekat dengan kiamat...marilah sama2 kita bermuhasabah..
Syeikh Tantawi haramkan purdah ke Universiti al-Azhar
KAHERAH 6 Okt. - Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi merancang untuk mengharamkan pelajar perempuan yang memakai purdah daripada memasuki institusi-institusi pendidikan di bawah Universiti al-Azhar.
Seorang pegawai keselamatan semalam berkata, polis telah menerima arahan secara lisan supaya menghalang pelajar perempuan yang berkelubung daripada memasuki institusi-institusi al-Azhar termasuk sekolah menengah dan tinggi, serta asrama beberapa universiti di Kaherah.
Pegawai itu berkata, pengharaman tersebut adalah atas sebab keselamatan.
Langkah itu dipercayai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membendung manifestasi Islam yang dianggap ultrakonservatif di Mesir.
Sungguhpun majoriti wanita Mesir memakai tudung, hanya segelintir yang memakai purdah atau dikenali di sini sebagai niqab yang menutup muka dan lebih kerap ditemui di Arab Saudi yang mengamalkan ajaran Wahhabi.
Kebanyakan ulama berpendapat purdah tidak wajib tetapi hanyalah adat resam yang diamalkan oleh masyarakat Arab Badwi sebelum kedatangan Islam.
Rancangan Tantawi itu diumumkan semasa beliau menyuruh seorang pelajar sekolah menengah di sebuah kelas yang dikunjunginya awal minggu ini, supaya menanggalkan niqabnya.
Syeikh itu melawat sekolah-sekolah al-Azhar pada permulaan tahun akademik untuk memeriksa langkah yang diambil bagi membendung wabak selesema babi, menurut butir-butir lawatan yang disiarkan semalam oleh akhbar bebas, Al-Masry Al-Youm.
Tantawi dengan tegas memberitahu gadis berkenaan bahawa niqab 'tidak ada kena-mengena dengan Islam dan hanya satu adat resam' dan memaksanya menanggalkan niqabnya.
Beliau kemudian mengumumkan akan mengeluarkan arahan tidak lama lagi bagi mengharamkan pelajar perempuan yang memakai niqab daripada memasuki sekolah-sekolah al-Azhar.
"Niqab tidak ada kaitan dengan Islam...saya lebih arif tentang agama daripada kamu dan ibu bapa kamu," kata Tantawi kepada pelajar berkenaan.
Seorang sarjana di sebuah pusat penyelidikan al-Azhar, Abdel Moati Bayoumi berkata, para sarjana al-Azhar akan menyokong Tantawi jika beliau mengeluarkan arahan tersebut.
samada berita ni benar atau tidak..kalu benar ana harap dpt bantahan dri pihak tertentu..kesian kat akhwat kat sana...teringat kawan sya ckap dulu...pkai purdah ni sebab TAQWA...sekian...
Hidup ini adalah perjuangan tiada masa tuk berpangku tangan Setiap titis peluh dan darah tak akan sirna ditelan masa Segores luka di jalan Allah Kan menjadi saksi pengorbanan
Allah adalah tujuan kamiRasullah teladan kami Al-Quran pedoman hidup kami Jihad adalah jalan juang kami Mati di jalan Allah adalah Cita-cita kami tertinggi
Mengarungi samudera kehidupanKita Ibarat para pengembaraHidup ini adalah perjuangantiada masa tuk berpangku tanganSetiap titis peluh dan darahtak akan sirna ditelan masaSegores luka di jalan AllahKan menjadi saksi pengorbanan
"Perjuangan tidak akan berakhir begitu sahaja...Ya-ALLAH kuatkanlah hatiku..
hidup dalam perjuangan...perjuangan untuk menegakkan AgamaMu.."
Selalunya bila kita buat sesuatu perkara kita tak tau pun apa faedah yang kita dapat....
dan perkara sunah Rasullullah kita tahu tapi kkdg lupa nak buat...
Mari sama-sama nak kongsi apa manfaat yang kita dapat kalu ikot sunnah makan dan minum Rasulullah s.a.w daripada
inti syarahan Dr. Jamnul Azhar...
CARA MAKAN
kenapa kita gunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasulullah s.a.w akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya (yg last tu), lalu Rasulullah s.a.w akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.
kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri yang dapat menolong proses penghadaman.
Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, di hospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut senang memproses makanan.
Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
CARA RASULULLAH MINUM.
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.