Wednesday, October 21, 2009

Destinasi....

salam...
Sekejap masa berlalu...kkdang tak sedar hari berganti hari..siang berganti malam...kejap ja rasa...rindu kawan2 seperjuangan..dah nak dekat setengah tahun melepasi saat tu..saat yg amat berharga...menuntut ilmu..dah 3bulan dah konvo..cepat btoiiii...umo pun dah semakin meningkat...
amal?? perlu ditingkatkan lagiii..usaha...masa muda jgn biarkan macam tu saja...kata ustaz dalam radio ritu.." manusia ni bla dah Xlarat nak bgun (tua)..mcm2 ingat nak buat amal ibdat..dah tak upaya dah baru nak ingat..bgun tahajud..."Aku ni kalu larat buat dah solat2 tahajud tu..tapi dah Xdak daya nak bgun..tak larat dah tua nak buat camna"..itulah keluhan sebahagian insan yg di waktu muda Xingat nak kata mcm tu pun, bla dah tua......."sama2 kita muhasabah diri..di mana amal ibdah kita....???


Dunia ni hanya persinggahan....Akhirat kekal selamanya...

Destinasi selepas bergelar graduan

1st.....



Skrang tgal kenangan....sekejap jer kat cini..cikgu ganti..tp walau sekejap pengalaman tu amat bermakna...rupa2nya jd cikgu ni bukannya mudah...kkdg kita pke kita tahu...tp bla dah dtnya mcm2 soalan...ermmm....jawabnyer persediaan tu penting...ni kali pertama ngajaq kat sek men...slalu tadika jer..ngaja bbdak kecik...ari petama masuk ngaja kelas hindu semua...coz sek ni kat bandar, bilagan bangsa sama banyak..bla peralihan kelas untuk subjek agama kena cover satu kelas untuk moral n yg len subjek pendidikan islam..adohhh...parah gak mula2...al-maklumla..Xbiasa dengan suasana camni..coz sek agama..tp alhamdulillah..apa2 pun bagi diri ni..rasakan bidang pendidikan di hati sebb di samping mengajar kita sentiasa dengan ilmu..bla mengajar ni ada persoalan yg perlu kita cari jawapan...contohnya..dalam perkara solat jemaah...perkara berkaitan masbuq dan muafiq...kkdg kita tahu maksudnya jer dan perkara2 yg utama dalam masbuq dan muafiq.....tp bla timbul persoalan..ada yg kita Xdapt nak jawab coz Xselidik btol2 permaslahan yg ada...jd..sama2 la kita upgrade ilmu....ok..pe2 pun time kasih ssgt dekat guru besar SMBSP, Pn.Hafsah n guru2 dan murid2...rindu semua..

2nd...
ar ni destinasi kedua
tengah keja skag nie..


"Produk Halal Tanggungjawab Bersama"
mari beli barangan HPA..
ni destinasi kedua lak...
cawangan AMANJAYA...
saya kagum dengan HPA..
keluaran bumiputera yang menegluarkan pelbagai produk..
macam2 ada..
bukan senang nak cari orang melayu boleh wak kuar baranagn 100% HALAL..
dan berjaya sehebat ni..
jualan amat meberangsangkan mencecah ratusan ribu seminggu...
JOm tengok pe yg HPA dah kuarkan


sebahagia daripada barangan HPA
Yang Halal Pastinya Herba Penawar al-Wahida..



RFC..Radix Fried Chicken..sedap...

ar..ni yg terbaru keluaran HPA..
dah rasa belum..
jom cuba..
SEDAP..sememangnya HALAL..
di Lagenda Hight Sungai Petani..




ice cream..non lemak haiwan...

***********kesimpulannya mcm2 la ada..hotel, dobi, kedai buku....IT...bnyak la nak cita...tp memng KAGUM sgt dengan Tn. Hj. Ismail...syabas...********
apa2 pun pesanan kat sini..mari semak blik..barang yg kita guna adakah HALAL.....
ini akan menjejaskan amal ibadah kita....coz pe yg kita mkan n pe yg kita guna akan menjadi darah daging kita dan sebahgian tu bawak masuk solat..so chek blik...

Wednesday, October 7, 2009

~yG Bulat Tak Datang Bergolek..Yang PipiH Tak Datang MeLaYanG...~

Mari kita lihat bagaimana para sahabat dan solafus boleh berjuang memiliki ilmu hingga ke tulisan darah terakhir....

IBN SINA
membaca buku al-Farabi 40 kali

selepas seluruh bukunya terbakar,
IBN HAZIM
mulai menulis semula daripada hafalannya...

QATADAH
menghafal buku seberat muatan keldai

SUFYAN AL-TSAURI
berdiri lama untuk solat sampai pagi

NABI IDRIS A.S
bekerja sebagai tukang jahit

NABI DAUD A.S
bekerja sebagai tukang besi

ABU HANIFAH
menjual kain



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Jalan dakwah itu penuh ranajau duri..
Dijalan itulah...
NABI NUH A.S meratap
NABI YAHYA A.S disembelih
SAIDINA UMAR dibunuh
darah SAIDINA UTHMAN tertumpah
SAIDINA ALI disergap
belakang PARA IMAM disebat...

bahan ini saya ambil dari buku KUNCI KEJAYAAN MINDA..
yg ditulis oleh DR. 'AIDH ABDULLAH AL-QARNI..
pengarang buku LA TAHZAN...
sama2 kita kongsi..



~Haramkan Niqab????~

Salam...
Berita yang menggemparkan dan agak menyedihkan saya...Haramkan Niqab..@ Purdah....?? tutp aurat jd isu?? Nape org dedahkan aurat tak jadikan isu..berapa ramai umat islam kat dunia ni yg tahu tentang batasan aurat, dedah sana sini, terbuka atas bawah tp tak jadi isu pun...bukan setakat mendedahkan aurat..maksiat berleluasa...kita tak perlu lihat jauh..contoh dekat dah da...pelik-pelik...lagi pelik bila isu pengharaman niqab ni dikeluarkan oleh yang dilabel ULAMA dan imam bg universiti yang terkenal banyak melahirkan ulama'....Nape jd camni...?? Adakah dunia hampir dekat dengan kiamat...marilah sama2 kita bermuhasabah..


Syeikh Tantawi haramkan purdah ke Universiti al-Azhar

KAHERAH 6 Okt. - Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi merancang untuk mengharamkan pelajar perempuan yang memakai purdah daripada memasuki institusi-institusi pendidikan di bawah Universiti al-Azhar.

Seorang pegawai keselamatan semalam berkata, polis telah menerima arahan secara lisan supaya menghalang pelajar perempuan yang berkelubung daripada memasuki institusi-institusi al-Azhar termasuk sekolah menengah dan tinggi, serta asrama beberapa universiti di Kaherah.

Pegawai itu berkata, pengharaman tersebut adalah atas sebab keselamatan.

Langkah itu dipercayai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membendung manifestasi Islam yang dianggap ultrakonservatif di Mesir.

Sungguhpun majoriti wanita Mesir memakai tudung, hanya segelintir yang memakai purdah atau dikenali di sini sebagai niqab yang menutup muka dan lebih kerap ditemui di Arab Saudi yang mengamalkan ajaran Wahhabi.

Kebanyakan ulama berpendapat purdah tidak wajib tetapi hanyalah adat resam yang diamalkan oleh masyarakat Arab Badwi sebelum kedatangan Islam.

Rancangan Tantawi itu diumumkan semasa beliau menyuruh seorang pelajar sekolah menengah di sebuah kelas yang dikunjunginya awal minggu ini, supaya menanggalkan niqabnya.

Syeikh itu melawat sekolah-sekolah al-Azhar pada permulaan tahun akademik untuk memeriksa langkah yang diambil bagi membendung wabak selesema babi, menurut butir-butir lawatan yang disiarkan semalam oleh akhbar bebas, Al-Masry Al-Youm.

Tantawi dengan tegas memberitahu gadis berkenaan bahawa niqab 'tidak ada kena-mengena dengan Islam dan hanya satu adat resam' dan memaksanya menanggalkan niqabnya.

Beliau kemudian mengumumkan akan mengeluarkan arahan tidak lama lagi bagi mengharamkan pelajar perempuan yang memakai niqab daripada memasuki sekolah-sekolah al-Azhar.

"Niqab tidak ada kaitan dengan Islam...saya lebih arif tentang agama daripada kamu dan ibu bapa kamu," kata Tantawi kepada pelajar berkenaan.

Seorang sarjana di sebuah pusat penyelidikan al-Azhar, Abdel Moati Bayoumi berkata, para sarjana al-Azhar akan menyokong Tantawi jika beliau mengeluarkan arahan tersebut.

samada berita ni benar atau tidak..kalu benar ana harap dpt bantahan dri pihak tertentu..kesian kat akhwat kat sana...teringat kawan sya ckap dulu...pkai purdah ni sebab TAQWA...sekian...

Monday, October 5, 2009

~BaHteRa KeHiDuPan~

Nasyid yang membakar Semangat roh pejuang....

Mengarungi samudera kehidupan
Kita Ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
tiada masa tuk berpangku tangan
Setiap titis peluh dan darah
tak akan sirna ditelan masa

Segores luka di jalan Allah
Kan menjadi saksi pengorbanan


Allah Ghoyatuna
Al-Rasul
Qudwatuna
Al-Quran Dusturuna

Al-Jihadu Sabiluna

Al-Mautu Fisabilillah

Asma amanina


Allah adalah tujuan kami
Rasullah teladan kami
Al-Quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah

Cita-cita kami tertinggi


Mengarungi samudera kehidupan Kita Ibarat para pengembara Hidup ini adalah perjuangan tiada masa tuk berpangku tangan Setiap titis peluh dan darah tak akan sirna ditelan masa Segores luka di jalan Allah Kan menjadi saksi pengorbanan


"Perjuangan tidak akan berakhir begitu sahaja...Ya-ALLAH kuatkanlah hatiku..
hidup dalam perjuangan...perjuangan untuk menegakkan AgamaMu.."

*.... ManisNya SaaT ituuu....*

FaeDah di Sebaliknya....

Selalunya bila kita buat sesuatu perkara kita tak tau pun apa faedah yang kita dapat....

dan perkara sunah Rasullullah kita tahu tapi kkdg lupa nak buat...

Mari sama-sama nak kongsi apa manfaat yang kita dapat kalu ikot sunnah makan dan minum Rasulullah s.a.w daripada

inti syarahan Dr. Jamnul Azhar...

CARA MAKAN


kenapa kita gunakan tangan?

Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasulullah s.a.w akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya (yg last tu), lalu Rasulullah s.a.w akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.


kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri yang dapat menolong proses penghadaman.

Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, di hospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.


Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut senang memproses makanan.


Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.



CARA RASULULLAH MINUM.


Janganlah kita minum
berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.