Sunday, November 14, 2010

~ALLAH beri peluang itu..


Inilah peluang untukKU...SYUKUR YA RABB...
DIA beri peluang untuk aku jaga ayahku..
di usia kecilku 6-7th ..
aku tak sempat jaga mak..
mak sakit..ayah yang jagakan..
mak minta dipapah..ayah yg tolongkan...
mak merintih kesakitan..aku hanya mampu melihat..
mak pergi meninggalkan kami..
pergi mak takkan kembali..
aku nak jumpa mak disana..insayALLAH..

disaat mak sakit..aku tak berdaya waktu tu..hanya mampu melihat..dan perasaan sedih waktu tu...silih berganti dengan keseronokan bermain dengan kawan2..aku hanya tahu mak menahan segala keperitan yang mak alami..hinggalah...di suatu pagi mak sakit teruk..ayah suruh aku dan kakak pegi sekolah jugak..kami berdua berat sgt nak p..tp ayah tak bagi ponteng sekolah..lepas pada rehat..ada org datg amek ku..ku masih terpinga2..sebb Xtau sapa yg ambil..ikot saja..dan andaian aku mungkin mak sakit dalam kritikal..setibanya dirumah...hany sekujur tubuh diselimuti kain putih memberi jawapan yang pasti..bahawa mak sudah menghembuskan nafas terakhirnya...


DAN sekarang...
ALLAH bg peluang untuk jga ayah..
insya ALLAH aku akan jg..
sakit..makan.minum..ibadah ayah..
insyaALLAH..


aku perlu kuat...walaupun disaat ini..aku berulang alik dari tempat kerja pada jarak berpuluh2 km dari rumah..tp aku tidak putus asa menjaga ayah..aku bersyukur kerana abg2 kak2 ku yg dah lepas rumah selalu dtg jengok ayah.. ketika ayah mengeluh sakit kaki..sakit badan..aku berikan kekuatan pada ayh..beri ubat..sapu minyak but2..dulu ayah mengalami strook lumpuh sebelah badan..tp sekarang alhamdulillah..ayah dah boleh berjalan..dah boleh berjalan pg masjid bersama si tongkat peneman setianya... alhamdulillah...~bapak... adik akan bersama bapa..(^_^)
DAn aku bersyukur juga kerna aku diberi peluang untuk masih singlel..jika sekiranya aku...mendapt peneman hdiup baru dalam hidupku..aku harap siDia juga mampu berkorban bersama2....insyaALLAH..


Monday, October 11, 2010

~kapsul wajib di waktu pg dan malam...

...ada jugak kapsul wajib..huhu...nak jaga kesihatan..bg chat..bleh buat keja dan ibadat dengan sempurna insya ALLAH..semestinya dengan produk HPA..nak cita cket pasal kapsul nii...

MEGA 3
Produk ini khusus menggunakan Ikan Tenggiri Biru dari Lautan Artik ini mempunyai kadar DHA yang tinggi jika dibandingkan dengan ikan-ikan laut yang lain. Keunggulan produk ini :

1. Mengandungi kadar mineral yang tinggi

2. Mengandungi protin yang berkualiti

3. Lebih mudah diserap oleh badan

4. Amat sesuai dijadikan amalan oleh ibu mengandung untuk kecerdasan minda bayi yang dikandung

5. Sesuai mulai bayi hingga dewasa untuk pemakanan kesihatan

6. Mengatasi masalah kardiovaskular

Komposisi (60 Kapsul per botol) :

1. Scomber scombrus

2.Mallotus villosus

3. Clupea harengus

4. Engraulis ringens

~ok...bila kita makan ikan...kena da psangannya...so kapsul rossle menjadi pilhan..penah dengar tak asam paya..pagilan orang tua2 dulu..yer..rossle di buat kapsul..tengok ckit citer pasal rossle..

ROSSELE KAPSUL
Produk yang menggunakan herba Hibiscus Sabdariffa merupakan tumbuhan yang mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Roselle Kapsul amat berkhasiat untuk segenap lapisan umur khususnya untuk proses penjagaan kesihatan dan sebagai pencegah dari sebarang jangkitan kuman atau virus yang menyerang tubuh manusia.

Khasiat herba Roselle :

1. Anti Penuaan. Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik.

2. Pencegahan Penyakit Kardiovaskular. Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia dan dianggap sebagai ’silent killer’.

3. Pencegah Kanser. Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam Roselle mampu untuk bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.

4. Demam Panas/Selesema. Roselle amat baik untuk mereka yang sering menghadapi masalah selesema dan sebagai pemakanan kesihatan yang utama kepada mereka yang menghadapi masalah demam panas.

5. Resdung (alergi) dan Lelah (asma). Pengambilan Coscinium Plus dan Roselle adalah dua gabungan yang terbaik kepada permasalahan begini.

6. Stress / Sukar tidur. Bagi mereka yang menghadapi masalah stress dicadangkan mengambil Roselle dimana ia akan bertindak menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit. Roselle juga amat baik untuk masalah dengkur semasa tidur.

7. Masalah lain. Amat baik untuk mereka yang menghadapi luka luar dan dalam, kecederaan, mengatasi masalah penyakit kulit, penenang dan sebagainya.

nilah kapsul yang saya amalkan setiap hari..bgus..alhamdullillah..setiap penyakit ada ubatnya..jd cegahlah sebelum terlambat..hehe..jd sapa2 yang nak tau serba ckit tentang bnyak lagi produk HPA layari laman web ni.. http://hpaproduct2u.blogspot.com/
insyaALLAH..dengan sumber alam yang ALLAh jadikan ni kita ambil sebagai manfaat sebaiknya..tiada bahan kimia ;)

Tuesday, October 5, 2010

~tika membisik di hati...kemana??

Putaran roda itu..kemana agaknya aku..terhentikah aku dipertengahan jalan..sampaikah aku dihujung usia ku nnti..adakaha aku masih begini di hujung usia nnti.amanlanku.aku ingin penghujung hidupku dengan husnul khatimah..

terkenang..berbagai2 kisah dalam hidup..suka..duka..resah..bahagia...semua itu ada pada diri..semua itu ada pada hati..dan ada pada semua itu tidak berlaku dengan sendiri...jika didorong dengan hati..semestinya akan mati...semua itu tidak berlaku dengan sia-sia..semua itu ada asbabnya yg tersendri..dan kini semua itu bagai berlalu sendu..apa yang ku cari...apa yang aku tidak pasti...kdang-kadang ku tidak mengerti..

"Ya ALLAH..ujian apakah yang ada pada diriku ini..terkadang mengikut hati dan perasaan dan tanpa memikir panjang..tetapkan lah ku pada landasanmu Ya ALLAH..jgn walaupun sedikit KAU alihkanku dari pandanganMU.."

..ku lemah..ampunilah aku...

“ Ya ALLAH, tidak mampu menanggung beban perasaan yang menyesakkan dada, lapangkanlah hati kami, agar tidak tersesat dengan kelekaan kami, agar kami sentiasa kembali pada-MU dalam apa jua keadaan yang ENGKAU lontarkan kami didalamnya"

kenapa aku lupa..??? aku hidup di dunia ini..bukan bersendiri..bukan berseorangan..kiri dan kanan..ayah, kakak, abg, ustaz, ustazh, sahabat, kawan. ku tidak bersendirian...perlu bersyukur pada mu..al-Quran yang KAU beri sebgai pannduan..Rasul sebagai ikutan kami..aku sentiasa diawasi..malaikat kiri dan kanan ku yang sentiasa mencatit amalanku..aku ada syariat landasan yang harus dijaga dan diamal..yang pastinya nnti..aku akan kembali sepertimana diawal kejadian ku..bersendirian..didalam rahim ibu..dan aku akan kembali bersendrian di alam kubur nanti..

"Ya ALLAH..kau ampunilah dosa hambaMU ini..aku inginkan taman2 syurga yang engkau janjikan...aku inginkan bahagia abadi disana..tatapkanlah iman kami...hidupkan lah kami dalam ketaqwaan padamu..amin-amin Ya rabb.."

Monday, September 27, 2010

~...aku dah ada teman hatie.... :-)

TEMAN.....??? ye skrg saya dah ada teman hati..teman baru.. baru jer kenal dia bulan 6 ritu...sempena hari kelahiranku ke 24....hadiah daripada CIK NUR ATIQAH kepada diri ini..hehe..amatlah gembira..syukur sgt2...Alhamdulillah..Allah bg ku peluang untuk kumpul duit ckit2 hasil titik peluhku untuk beli keta selepas impian pertamaku tidak kesampaian..
Viva jer..aka mino..memng ku tak impi keta besar2..setakat yg mampu jer..jimat minyak..boleh bergerak..itu pun bukan tahsiniat bg ku, kereta adalah hajiyat..keperluan... boleh pgi ngaji, safety...balik mlm2 tak la risau sgt..~dah bnyak pengalaman nek moto blik mlm..huhuh~ boleh bawak ayah.boleh bawak fmly..boleh bantu org...itu jer benda utama yg ku pike seblum ku buat keptusan nak beli keta...duit yg ada cukup2 untuk byar duit muka jer pastu go on..walaupun mcm2 pertnyaan yg ditujukan sebelum beli keta tu.. berbalik kepada niatku yg sebenar..memng kita tak tau apa akan jadi kedepan nnti..tp ku kuatkan berdoa semga semuanya dalam keadaan selamat dan dpt menguruskannya dengan sebaik mungkin...
sekarang dah hampir 3 bulan ku pkai keta..ku syukr sgt2..mino tak wat perangai..cuma ada calaran ckit2..hehe..tu smua keje saya...tu pun masuk bulan ketiga ni..mcm2 kena...al maklum la tunjuk terror konon..kena bg polish sama dia..


Hurmm...sebelum pakai mino...ku injured..kaki tangan..mto yg ku naik terbabas..nak elak dr kucing..akhirnya...kucing tu...tak dapat nak diselmatkan...kucing tu lintas mengejut..kesian dia..dia dah pergi dulu..;( time tu Allah saja yg tahu camna debarnya hati ku..bila moto dah terbalik ku cepat2 bngun walau time tu skit sgt2 n toleh kebelakang..bukan per..jalan tu mcm higway keta laju2..alhamdulillah...keta masih jauh..da 2,3 org pak cik dtg tolong .. n dapat mc 3 hari..munculllah pelbagai spekulasi mengatakn ku......



Keesokan harinya mino pun sampai..adoh..camna nak g keje ni..kaki injured..dah la bawak keta pun lama dah tgai time blaja jer..time tu kakak fizah smkak tolong ajarkan ku...thanks sgt2 refresh bllik..naseb bek da dia..kalu tak camna besok ku nak g keje, moto yamaha tu dah cedera terok dah..leher dia Xbleh nak btolkan..dengan semngat keta bru yg ada..ku gagahi jua walaupun kaki berbalut...huhu..mcm naik keta kuda lak..haha..mula2 besa la kan..semua org hadapi benda yg sama..Xpandai balance minyak bla masuk gear..itulah cerita ku sedikit sebnyak tentang temanku mino..~PJS..kalu kat HPA sebut saja PJS org paling top ten la..pengarah jati setia..itu la no plat mino..hehe
Ape yg penting kat sini..ku nak memperingati diriku ngan sapa yg bc ni..pandulah dengan cermat..ingat lah org tersayang..hargailah diri anda..hehe..dan jgn lupa sebelum mulakan memandu..baca doa naik kenderaan..senang jer budak tadika dah bleh mengafal...kita mintak pertolongan dari ALLAH...


maksudnya ; Maha suci tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum ini tidak daya untuk menguasainya, dan sesungguhnya kepada tuhan kamilah, kami kembali..

Friday, August 20, 2010

Alhamdulillah....

Syukur teramat sgt kepada SANG PENCIPTA..ALLAH S.W.T...berkesempatan untuk menikmati bulan karemm pada tahun ni..

Ramadhan al.mubarak...bulan untuk umat...bulan untuk kita semua...bulan tarbiah buat kita...alhamdulillah...sekejap jer rasa dah masuk hari kesepuluh ramadhan, telah pergi fasa yang pertama buat kita....dan akan melangkah ke fasa kedua..sekejap jer..tgal lagi 20 hari untuk kita sama2 memenuhi bulan ramadhan kali ini dengan ibadat2 sunat yang lain ~sunat tarawikh, bertahajud, tadarus dan tadabbur AQ.~.dan seterusnya beristiqamah untuk terus sehingga ke akhirnya..insya ALLAH...


"Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka"

Macamna dengan tadarus?? Insya ALLAH...masing2 menggunakan gear yang sesuai bagi mencapai target untuk mengahbiskan 30 juzuk insya ALLAH...bagi kaum hawa perlu menggunakan gear2 yang agak laju kerana diberi rehat seketika untuk melaksanakan ibadah2 tertentu...;)

Jadi, mari sama2 kita gunakan masa yang ada dengan sebaiknya..

Firman ALLAH ;

Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran.

(Surah Al-Asr: 1-3)





Thursday, April 29, 2010

Air mata...

Sedih..yer amat sedih...ALLAH anugerahkan wanita..mudah dengan air mata...wanita tak dapat lari dengan air mata...air mata juga teman setia wanita..sedih, gembira, kecewa..semua di persembahkan dengan air mata.. rasa puas dengan air mata.. tapi inilah hakikatnya...air mata bukanlah satu kelemahan bagi wanita..tapi ia merupakan satu jalan untuk menstabilkan emosi ketika emosi sedang memuncak...inilah senjata yang dilempar...Kenapa saya menangis..??kerana saya wanita..itulah jawapan mudah yg perlu dijawab..tetapi..biarlah air mata ini tidak jatuh hanya kerana perkara2 yang jauh dari keredaanMU..air mata yg paling berharga ialah ketika hambaNya bermunajat menginsafi diri..berasa kerdil dengan apa yg dianugerahkan nikmat sehingga saban hari menghirup nikmat itu dan tak tertinggal walau sezarah..namun masih mengabaikan tanggungjawabNYA tanpa segan silu..

"Semoga air mata yang jatuh di sudut-sudut mataku ini..adalah air mata yg berharga dipandanganNYA..amin"



Sesuatu yang ingin saya kongsi disini.. fakta menarik tentang air mata wanita..
Dipetik dari buku hikmah terapi air mata menangis kerana Allah Karya Hasan bin Muhammad Ba’Mu’aibid diterjemahkan oleh Mohd Basri bin Yusof (http://halaqah-online.com)

Mengapa Perempuan lebih banyak menangis daripada lelaki?

Kajian ilmiah menetapkan bahawa perempuan lebih banyak menangis empat kali ganda berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.

Para ilmuwan Amerika sampai pada kesimpulan bahawa menangis sangat berguna untuk kesihatan. Air mata yang asli, baik itu air mata bahagia atau air mata kesedihan dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh.

Perempuan lebih banyak menangis kerana mereka sering hanyut dalam tangisan. Mereka mengeluarkan tangisan dengan diiringi suara yang dapat didengar sebanyak 64 kali dalam setahun. Sedangkan lelaki hanya mampu menangis 17 kali dalam setahun.

Para ilmuwan berpendapat “ Jenis air mata yang mengalir akibat tekanan perasaan (emosi) dari segi bentuk dan fungsinya adalah berbeza-beza. Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak balas atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan perasaan. Dengan demikian, ia lebih penting daripada protein.”

Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jenis penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.


Menangis faktor penyebab panjangnya usia kaum hawa

Para ilmuwan menegaskan bahawa menangis dapat menyebabkan panjangnya usia kaum hawa. Menurut mereka, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. Perkara ini mengakibatkan tubuh akan bebas dari racun. Para ilmuwan dalam bidang kedoktoran jiwa menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.

Para doktor pakar mata juga berpendapat bahawa air mata berfungsi membasuh mata dan mengosongkannya daripada kandungan racun yang muncul akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yang selalu datang silih berganti

Hormon berbicara yang dimiliki oleh kaum hawa

Perempuan memiliki hormon yang dipanggil oksinosin. Para ilmuwan menamakannya sebagai hormon pengendalian watak. Hormon ini dianggap sebagai faktor terpenting di sebalik fenomena bersembangnya kaum perempuan dengan teman-teman ataupun keluarga mereka untuk menghilangkan stress dan bukan cara menyembunyikan diri atau melampiaskannya dengan tindakan yang zalim seperti yang dilakukan oleh lelaki.Ini akan berhujung pada satu kesimpulan bahawa kaum hawa lebih sedikit menjadi Koran akibat kekacauan saraf atau lebih sedikit terjerumus ke dalam jurang kewujudan ubat daripada lelaki

Air mata yang termahal siapa yang punya?

  1. Ibu
  2. Ayah
  3. Remaja
  4. Orang yang dizalimi

Sekian..

p/s: jadi kepada kaum hawa, usah bimbang jika anda mengeluarkan air mata..apa yng penting perlu cover dengan air mata..nangis sorok2 erk..jgn bagi org tau kata kita nangis..hehe..:)



Wednesday, April 21, 2010

~Terus berlalu

Teman sesawang penuh dengan sawang..huhu...lama dah Xupdate blog nii..nak update kena makeup2 blik..dah bersawang kena vacuum balik..
Xbleh disalahkan dengan masa..masa bukan menunggu tapi mengejar... syukran pada teman yg menegur..~asyik bc blog org jer..blog sendiri Xupdate "memandangkan diri ni memg suka menerjah blog2 org..walaupun si penulis tidak mengenali diri ni..hehe" tapi pe2 pun blog sahabat2 ku hebat2...bnyak info2 manfaat.. insyaALLAH.. doaku..segala kerah tenaga keluarkan idea dan ilmu dpt menjadi IBADAT kepada semua...amin..

"Sesungguhnya ALLAH SWT menyukai org-org yang terus-menerus berdoa"
[hadis Riwayat Al-Auza'i]


"Kita cbuk, lantaran waktu yang suntuk..
"kita celaru, lantaran ada juga waktu yang cemburu....
"Kita kecamuk, lantaran waktu yang sangat kalut..
"Kita kebas, lantaran waktu yang sangat pantas...

DImanakah kita dengan WAKTU...

Bilamana waktu berlalu..
kita bagaikan terkejut...celaru, kecamuk..kebas..
mengapa begitu pantas....???
sehingga tidak percaya dan bertanya pula..
mungkin..kita mengabaikan detik yang berlalu...
dan mungkin juga..kita sambli lewa akan minit yang berlalu..
bahkan tidak endah akan jam yang berputar disitu..

Dimanakah kita dengan WAKTU??

SesungguhNYA..
setiap detik dan saat yg berlalu..

waktu kita hanya ada pada yang ESA...
hati kita perlu berdetik ingat padaNYA..
solat kita adalah ibadah kepadaNYA..
kerja kita adalah ibadah kepadaNYA..
makan minum kita adalah ibadah kepadaNYA..
rehat kita adalah ibadah kepadaNYA..
muamalah kita adalah ibdah kepadaNYA..
tidur kita juga adalah ibadah kepadaNYA..

Disitulah WAKTU yang ada pada kita...
dunia adalah tanaman kita..
akhirat adalah TUJUANNYA...
hidup mati KAMI adalah untukMU..
......ALLAH YA RABB...







~ibtsm~

Monday, February 22, 2010

~Jangan Mengeluh....

"Kenapa ALLAh uji aku dengan sakit mcm ni..." inilah kifarah dosa kita.. jgn mengeluh bla kita dapat berita atas penyakit yg kita alami....bila dpat berita mcm tu sifat sabar yg timbul dlm kita pada masa tu adalah tahap sabar yg paling terpuji ?(ustaz azhar idrus)...perlu kuat..boleh mengadu sakit pada kawan2. DR...asalkan kata2 kita tak nampak mcm kita tak suka atau marah dengan ALLAH ....JGN MENGELUH...

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda: “Sakitku adalah lbh berat drp (sakit) dua org antara kamu..”

Diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A, bhw Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila Allah menghendaki kebaikan ke atas seseorang, Dia akan mengujinya dgn kesulitan..

Diriwayatkan juga dr Abu Hurairah R.A, bhw Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Utk setiap musibah, penyakit, keresahan, kesedihan atau kesakitan yg menimpa seorang Muslim – hatta luka yg disebabkan tertusuk duri – Allah akan menghapuskan dosa2 nya..

Ibn Mas’ud radhiallahu ‘anh berkata: Aku menziarahi Rasulullah sewaktu Baginda sakit. Aku mengatakan, “Ya Rasulullah, engkau menghadapi demam yg kuat!” Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab, “Demamku adalah dua kali (kuatnya) drp kamu..” Aku bertanya lagi, “Adakah krn engkau mendapat dua kali ganjaran?” Jawab Baginda, “Benar.. Tiada seorang Muslim yg ditimpa kesakitan – walaupun hanya luka yg disebabkan tertusuk duri – melainkan Allah akan menghapuskan dosa2 nya disebabkan kesakitan itu, dan dosanya gugur spt gugurnya dedaun dr sepohon pokok..”

Ya-ALLAH berilah hamba MU ini kekuatan dan kesihatan yg baik...aminn...



Wednesday, February 10, 2010

~masuk gaji..nak beli pe..???


Bla masuk ja gaji..mcm2 pike nak beli itu ini...tapi ingat jgn boros..
beli ikut keutamaan...boros amalan syaitan kan..
tambah2 org pompuan...da saja yg Xcukup.."pesanan buat diri"..
kena spend jugak duit kan..untuk masuk depan...







PANDUAN HIDUP BERSYARIAT...
tema majalah solusi..majalah ni "mesti beli" tiap kali masuk jer gaji...
ni la sebagian majalah yg suka dihimpun dan dibaca oleh cik tqah selpeas majalah i ..
bnyak info dan artikel menarik yg da dlm majalah nie..
jadi sapa yg tak penah baca try la baca...best...




Saturday, January 9, 2010

Beralih angka..

Salam maalhijrah 1431H dan salam tahun baru 2010...
salam umur baru....mcm Xcaya jer rasa mcm muda ja lagihehe...
dah hampir sebulan sambut taun baru mal hijrah dan dah seminggu masuk tahun baru..
sekejap ja rasa..umor semakin meningkat..amal perlu diperbanyakkan lagi..
Tahun 2010....apa akan terjadi..DIA yang maha mengetahui segalanya...hidup mati sakit jodoh rezki..perancangan ALLAH maha hebat..think positif

~Allah yang mengetahui segalanya~


~pic guna kamre baru..i like this~




~Adilah dah masuk darjah satu..1st day nak pg sekolah baru..semangat btol..awal2 subuh