Wednesday, January 21, 2009

*DeTikNya PasTi TiBa..*

Sunyi malam ni.. sepi…itulah keindahan malam.. dah hampir 2.30pg…ku mematikan fikiranku untuk tesis..ada sesuatu yang membuatkan ku terasa sayu…ku teringat tentang kematian…teringat time usroh mggu lpas.. sahabatku che yusairah di akhir pertemuan kami ada satu slot ttg kematian..nasyid detik kematian in-team dimainkan...ku dan sahabat menghayati setiap bait kata2.. ba’da ann…kami diberi 2 benang yang berlainan warna.. satu perlu diukur dengan umur kita dan satu diukur ikut umur Nabi Muhammah s.a.w, apa yang nak sahabat ku bawakan nak tengok perbezaan umur kita dengan umur rasulullah apabila ditolak dengan umur baginda...berapa baki yang ada…dan cukupkah baki yang ada untuk tampung dosa-dosa kita yang lalu…Sungguh, kkdg kita leka dengan mengingati mati… terlalu asyik dengan mengejar dunia… ya-ALLAH… sesungguhnya mati itu akan datang.. tak siapa pun yang terkecuali…


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Teringat pula kata-kata bapaku… “adik…setiap orang kat dunia ni..semua akan mati…kita semua kena jumpa ALLAH…..” aku masih tertanya2 dengan uniform sekolah dan beg yang masih digalas selepas turun dari motosikal…apa maksud bapaku..?? “mak dah meninggal adik…” tanpa berkata apa2..faham…air mata mengalir.. sambil belari masuk kedalam rumah.. mendapatkan sekujur tubuh arwah mak ku yang pada waktu itu…tidak lagi bernafas…“mak…knapa tinggal adik…”suasana hening dengan tangisan… “ku mencium mak” walaupun ku rasa pada waktu itu ku tidak memahami apa sebenarnya kematian.. ku menangis dan terus menagis..

Ku melangkah masuk dalam blik..untuk menyalin pakaian..rupanya kakak ku juga bru pulang dari sekolah..ketika itu kakakku berada di tingktan 1..soalan yang sehingga kini masihku ingat dan tersenyum apabila ingat semula.. “kak…nanti mak tak dak sapa nak jaga kita…kita dapat mak tiri ke? Adik tak mau mak tiri.. kat sekolah kawan-kawan ckap mak tiri garang..” sepantas kilat kakak ku mencubit ku.. “jgan ckap mcm tu lg..” Alhamdulillah sekarang ku dah merasai 2 orang mak yang mengganti tempat mak ku.. seorang yang menjagaku dari darjah 1 hingga tingkatan 6, juga pergi menghadap ILLAHI.. Mak dimasukkan ke dalm liang, semakin pendek waktu sekujur tubuh mak akan jauh dari pandanganku ..aku menangis.. “mak adik nak ikut mak…” saat itu mak cik yang berada disebelahku terpaksa memegang tanggan ku kerana meronta-ronta menangis nak ikot skali…itulah yang ku katakan td..hanya airmata yang dapat ku luahkan…ku berdoa semoga ku dapt bertemu dgn ibuku nanti… ALFATIHAH kepada kedua-dua ibuku yang telah meninggal dunia..ibu kandungku Maimunah Othman (1993)..dan ibu yang menjagaku Noor Hayatty Mahmood..(2004)…


Hayatilah lirik ini…
nasyid in-team
DETIK KEMATIAN…

Tertulis kenatian pada suratan kehidupan,

Namun hanya Allah yang tahu,

Bilakah ajal bakal bertamu,

Detiknya menghampiri,
Tanpa petanda yang menanti, Bila tiba saatnya nanti,
Tak siapa dapat melarikan diri..

Itu hakikat dan kepastian,

Hadirnya tidaka pernah kita alukan,

Tua dan muda, miskin an kaya,

Semua insan pasti melaluinya,

Sakit dirasa tidak terkata,

Jika dipisahkan jiwa dari jasadnya,

Hanya amalan bias redakan,

Bebanan derita bias redakan,

Bebanan derita diambang kematian.


Denyutan nadi..akhirnya terhenti..

Bersama nafas yang tak terhela lagi,

Kerana jiwa meninggalkan pergi,
Pulang kembali tuk menghadap ILLAHI..

p/s: dari ALLAH kita datang, kepadanya kita pasti pulang,…
adakah kita bersedia….

*Santapan rohaniku...

Salam...

Tertarik dengan buku Nota kepada Diri karangan Tuan Guru Nik Aziz time abang ku ta’lim kat umah hari tu, bahasa yang diatur amat menarik dan isi dalamnya ada kaitan dengan apa yang berlaku skarang…mcm sem2 lepas masuk je duit, disamping beli keperluan lain, buku santapan untuk diri kena beli jgak, ku cuba nak cari buku Nota kepada Diri untuk sambungan kat rumah abg cuti hari tu…nasib tak baik.. buku tu dah habis.. Alhamdulillah…akhirnya dapat jgak ku beli 3 buah buku karangan Tuan Guru Nik Aziz,….Cuma kat sini nak kongsi ngan sahabat-sahabat..


Huruf ‘T’ yang tertulis di kulit buku karangan tuan guru penuh dengan maksud yang tersirat… T 4 T.A.Q.W.A...T juga dari Tuan Guru Nik Aziz.. banyak benda yang dikupas dalam buku T…Tuan guru mengajak manusia dalam karangannya supaya meletakkan Taqwa kembali kepada landasan yang sebenar dalm menempuh liku-liku kehidupan…setiap bab dalam kandungan buku ni ada kaitan diantara satu bab dengan bab yang sebelumnya..nampak jelas lg pabila tuan guru menyelitkan ayat2 al-quran dan hadis dari Rasulullah s.a.w..



Bertemu Janji ALLAH…1&2.. jilid 2 bru je kluar kat pasaran 2,3 hari lpas..abg yang jual 2 org kedah “ar dik buku ni baru ja keluaq dok hangat lagi..”ku tersenyum..orang kedah rupanya.. “tak pa adik amek dua abg bg promosi”.. “Brapa?” menanti jawapan.. “RM30 sudah la.. tolak RM 4..” “camna bleh?” ku mengangguk tanda setuju.. tak sempat nak baca lg buku nie..bru je beli..baru tengok isi kandungan je.. best.. dpan kulit tercatit “menyingkap kisah mahsyar yang menyayat hati”..semestinya..buku nie kisah tentang kehidupan kita kat mahsyar nanti..dari awal hingga la ke penghujung…



p/s : Ku harap moga kitab2 nie jadi petunjuk dalam meniti kehidupan seharian dan dapat memanfaatkannya..ilmu penyuluh diri dari kegelapan..