Wednesday, October 7, 2009

~Haramkan Niqab????~

Salam...
Berita yang menggemparkan dan agak menyedihkan saya...Haramkan Niqab..@ Purdah....?? tutp aurat jd isu?? Nape org dedahkan aurat tak jadikan isu..berapa ramai umat islam kat dunia ni yg tahu tentang batasan aurat, dedah sana sini, terbuka atas bawah tp tak jadi isu pun...bukan setakat mendedahkan aurat..maksiat berleluasa...kita tak perlu lihat jauh..contoh dekat dah da...pelik-pelik...lagi pelik bila isu pengharaman niqab ni dikeluarkan oleh yang dilabel ULAMA dan imam bg universiti yang terkenal banyak melahirkan ulama'....Nape jd camni...?? Adakah dunia hampir dekat dengan kiamat...marilah sama2 kita bermuhasabah..


Syeikh Tantawi haramkan purdah ke Universiti al-Azhar

KAHERAH 6 Okt. - Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi merancang untuk mengharamkan pelajar perempuan yang memakai purdah daripada memasuki institusi-institusi pendidikan di bawah Universiti al-Azhar.

Seorang pegawai keselamatan semalam berkata, polis telah menerima arahan secara lisan supaya menghalang pelajar perempuan yang berkelubung daripada memasuki institusi-institusi al-Azhar termasuk sekolah menengah dan tinggi, serta asrama beberapa universiti di Kaherah.

Pegawai itu berkata, pengharaman tersebut adalah atas sebab keselamatan.

Langkah itu dipercayai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membendung manifestasi Islam yang dianggap ultrakonservatif di Mesir.

Sungguhpun majoriti wanita Mesir memakai tudung, hanya segelintir yang memakai purdah atau dikenali di sini sebagai niqab yang menutup muka dan lebih kerap ditemui di Arab Saudi yang mengamalkan ajaran Wahhabi.

Kebanyakan ulama berpendapat purdah tidak wajib tetapi hanyalah adat resam yang diamalkan oleh masyarakat Arab Badwi sebelum kedatangan Islam.

Rancangan Tantawi itu diumumkan semasa beliau menyuruh seorang pelajar sekolah menengah di sebuah kelas yang dikunjunginya awal minggu ini, supaya menanggalkan niqabnya.

Syeikh itu melawat sekolah-sekolah al-Azhar pada permulaan tahun akademik untuk memeriksa langkah yang diambil bagi membendung wabak selesema babi, menurut butir-butir lawatan yang disiarkan semalam oleh akhbar bebas, Al-Masry Al-Youm.

Tantawi dengan tegas memberitahu gadis berkenaan bahawa niqab 'tidak ada kena-mengena dengan Islam dan hanya satu adat resam' dan memaksanya menanggalkan niqabnya.

Beliau kemudian mengumumkan akan mengeluarkan arahan tidak lama lagi bagi mengharamkan pelajar perempuan yang memakai niqab daripada memasuki sekolah-sekolah al-Azhar.

"Niqab tidak ada kaitan dengan Islam...saya lebih arif tentang agama daripada kamu dan ibu bapa kamu," kata Tantawi kepada pelajar berkenaan.

Seorang sarjana di sebuah pusat penyelidikan al-Azhar, Abdel Moati Bayoumi berkata, para sarjana al-Azhar akan menyokong Tantawi jika beliau mengeluarkan arahan tersebut.

samada berita ni benar atau tidak..kalu benar ana harap dpt bantahan dri pihak tertentu..kesian kat akhwat kat sana...teringat kawan sya ckap dulu...pkai purdah ni sebab TAQWA...sekian...

No comments: