Tuesday, September 20, 2011

apa2 aja...


tangan rasa gatai2..
nak dapt pulus erk...idak2..
lambat agiii...
tiba2 jer tngan ni buka paint ..
rupa nak yg ini..
jadi layan kejaapppp...




herot petot jer i lukis..hehe..hidung. tudung, semua herot..
kena da skill lagi guna mouse nii..
pe2 pun.. i suka...

dalam meniti hari yg kita lalui..
layan jer...selagi tidak melanggar syariat..
hurmmm..ape2 ja la...





Saturday, September 17, 2011

manisnya pernikahan kerana IMAN


Perasaan itu ada di hati.

Dulu ia terpendam, kerana sibuk studi.

Atau, “Malaslah nak fikir..belum ready…”

“Belum sampai masanya lagi…”

“Macam mana nak mulakan, tak reti…”

“Saya memang sedang mencari lah ni…”

Perlahan-lahan, perasaan itu meresap ke hati.

"Subhanallah, perasaan apakah ini..?”

Itulah perasaan yang suci, ingin saling menyayangi. Ingin saling melengkapi. Ingin dicintai. Ingin dirindui.

Perasaan untuk bertemu pasangan. Di atas landasan pernikahan.

Tatkala ia hadir dalam perasaan dan fikiran, layanilah ia dengan iman.

“Ya ALLAH Ya Rahman..Bimbinglah diriku menjadi jodoh yang baik.. Temukan diriku dengan dia yang beriman.. Permudahkanlah jalanku menuju pernikahan..”

Memilih melalui taaruf yang telus. Membincangkan dengan ibu bapa, teman-teman yang berilmu lagi amanah. Hati lapang mendengar pandangan, terbuka menerima pesanan dari yang berpengalaman dan akhirnya keputusan itu, kepada ALLAH diserahkan.

“Ya ALLAH…"

“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar…”

Inilah antara untaian doa istikharah yang diajar Rasul SAW saat kita telah memilih dan mengenali latarbelakang calon jua bermusyawarah dengan insan-insan berilmu dan amanah.

Kita membuat keputusan memilih si dia, dan kita kemudiannya bukan meminta pada ALLAH agar dia menjadi jodoh kita, tapi kita meminta keputusan ALLAH atas usaha-usaha kita, dan pastinya atas ilmu dan kebijaksanaan ALLAH. Malah, itulah misteri yang sejak dulu ALLAH telah tetapkan.

Akhirnya kita bernikah.

Alhamdulillah.. Subhanallah.. Allahu Akbar.. Nikmat bernikah sebenarnya terlalu indah dari yang kalian bayangkan..

Nikmat itu bukan hanya pada hubungan jasmani, bukan hanya kerana bersatunya emosi suami isteri tapi lebih besar dari itu.

Nikmat bernikah itu ada pada hati-hati yang berusaha dihidupkan dengan iman.

Sangat indah bila hati mampu merasai kurnia ALLAH yang Maha Penyayang… DIA yang menitiskan sakinah.. ketenangan dan kenyamanan berada dalam kasih sayang berpasangan. Cinta yang mengalir sebening air yang menyejukkan hati-hati…



“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, kelak Allah yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang” (Surah Maryam:96)

Indahnya menikah bila hati mampu merasa kesyukuran atas rahmat ALLAH yang melingkari segenap kehidupan. ALLAH berkehendak menitipkan cinta dan rindu sesama suami dan isteri, hingga kalian menikmati kebahagiaan.

“Ya ALLAH.. kasih sayangMu terlalu hebat.. terlalu agung..ALLAH Yang Maha Mulia, Maha Pemurah, segala puji bagiMu Ya ALLAH..yang membenihkan kecintaan dan kerinduan di hati-hati kami suami isteri…”

Dia – pasangan kita - insan yang berbeza. Datang dari keluarga dan latarbelakang berbeza.

Namun dengan iman, kalian melayani pasangan dengan baik, penuh kasih sayang dan kelembutan. Kalian meminta-minta pada ALLAH.., “Ya ALLAH Yang Maha Memberi Petunjuk..Tunjukilah kami dengan akhlak yang baik, jauhkan lah kami dari akhlak yang buruk."

Karakter pasangan yang menguji perasaan, dihadapi dengan iman. Kalian bermujahadah untuk menolak kesalahan pasangan dengan cara yang lebih baik. Hingga kasih sayang semakin merimbun di dalam rumahtangga itu.

"Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia" (41 : 34 )

Dengan iman, kalian saling berkhidmat pada pasangan hanya kerana mengharap keredhaan Tuhan. Hati-hati berusaha diikhlaskan.

Seorang isteri..senyuman, perkataan, perbuatan, teguran, masakan, kebersihan, kelembutan, belaian, penjagaan zuriat dan rumahtangga seluruhnya.. mengharap pertolongan ALLAH Yang Maha Membantu..

“Ya ALLAH, segala-gala ini kami lakukan keranaMu..”

Seorang suami..harta benda, kediaman, kenderaan, kewangan, perhatian, kasih sayang, nafkah zahir batin pasangan, kebahagiaan rumahtangga yang dipimpin dan diusahakan.. semuaNYa kerana keyakinan dan ketaqwaan pada Tuhan..

Bila suami dan isteri berusaha membugarkan iman, bila pernikahan digerakkan di landasan iman..itulah syurga dunia..

Namun di sana, ada suami dan isteri yang benar –benar teruji dengan keburukan pasangan. Tatkala dirinya berusaha memberi yang terbaik, pasangan sebaliknya memandang remeh amanah pernikahan.



Tingkah pasangan yang menyesakkan perasaan, bulan dan tahun berganti tiada perubahan, jauh dari keharmonian yang diimpikan. Wahai tuhan, apakah Engkau sedang memberi hukuman…?

Maha Suci ALLAH dari menzalimi hamba-hambaNYA. Namun, ALLAH dengan kasih sayang yang agung mengizinkan ujian getir menimpa rumahtangga kalian, kerana DIA mencintaimu.

Dalam lafaz-lafaz doa kita yang dulu, bukankah kita memohon pernikahan untuk menambah iman..?

Nah, ALLAH memberi ujian kesenangan dan kesulitan dalam pernikahan, agar pernikahan benar-benar menjadi wasilah untuk kita makin dekat, semakin dekat ke pangkuanNYA. Makin mendalamkan iman dan cinta kita padaNYA.

Tika kesabaran teruji dengan kerenah pasangan, berimankah kita dengan janji ALLAH akan ada kesenangan selepas kesusahan?

Tika kekusutan rumahtangga membelenggu jiwa, berimankah kita dengan ayatNYA bahawa jalan keluar senantiasa ada buat hamba yang bertaqwa…?

Tika kita memaafkan dan bersabar dengan segala keburukan pasangan, berimankah kita bahawa kemanisan iman itu terhasil bila kita tulus mencintai kerana ALLAH...?

Ya, perkahwinan bukan mudah, terlalu banyak ranjau ujian, namun dengan iman.. tidak akan mudah hilang pedoman. Dengan iman, merasa DIA memberi bimbingan dan pertolongan. Melaluinya dengan kesabaran, kesyukuran.. akhlak Rasulullah berusaha diterjemahkan, tuntutan Al Quran berusaha direalitikan dalam rumahtangga..

Rasulullaah Saw bersabda, “Alangkah menakjubkan keadaan seorang Mu’min. Setiap persoalan yang dihadapinya selalu menjadi kebaikan. Dan sikap itu tidak bisa dimiliki oleh siapa pun kecuali orang Mu’min. Apabila kegembiraan menghampirinya, dia bersyukur; dan itu menjadi kebaikan baginya. Dan apabila kesusahan menimpanya, dia bersabar, dan itu menjadi kebaikannya baginya.” [HR. Muslim]

Bahagialah kalian yang memilih iman sebelum, semasa dan sehingga pernikahan itu berlangsung di dunia, moga nikmatnya berterusan di syurga..InsyaALLAH..

Teruskan bermujahadah, untuk merasa nikmat pernikahan yang amat manis lagi indah, jua menikmati musim-musim ujian cabaran agar pernikahan terus menjadi wasilah taqarrub ilallah.

http://sisi-kehidupan.blogspot.com

Saturday, September 10, 2011

~ itu yang diharapkan..amenn...



Ya Allah..

Kurniakanlah kami seorang suami yang soleh.

Yang menjaga hatinya hanya untuk yang halal baginya..

Yang sentiasa memperbaiki dirinya..

Yang sentiasa berusaha mengikuti sunnah Rasulullah..

Yang baik akhlaknya..

Yang menerima kami apa seadanya..


Yang membimbing kami dengan lemah lembut..

Yang akan membawa kami menuju JannahMu Ya Rabb..Kabulkan,

Ya Allah..

Yakinlah bahawa yang digariskan oleh ALLAH

Yakinlah bahawa yang telah ditulis oleh Allah dalam Kitab-Nya..

Adalah yang terbaik untuk kita

Adalah yang paling sesuai untuk kita..

Adalah yang paling membuatkan kita rasa bahagia

Kerana Dialah yang paling mengerti kita, lebih dari kita sendiri. Dialah yang paling menyayangi kita. Dialah yang paling mengetahui apa-apa yang terbaik untuk kita. Sementara kita hanya sedikit saja mengetahuinya dan itupun hanya berdasarkan pada persangkaan kita..


~menanti detik LAFAZ SAKINAH

SubhaNALLAH
Alhamdulillah
ALLAH hu AKbar

syukur padaMU Ya ALLAH..


ikatan kekeluargaan terjalin

~ kitbah ~

19.03.2011



Hantaran last minit...


Menunggu la konon..hehe


Ni import dari penang punya..hehe


Saat cinin disarung ke jari manis..

Alhamdulillah..saat dan detik lafaz sakinah semakin hampir..memenuhi sebahagian daripada kesempurnaan.. sempurnakanlah petunjukMU ke jalan yang benar untuk kami..aku bersyukur.. terima kasih sahabatku Aina Mardhiah sebagai orang tengah.. dengan pertolongan daripada MU ya ALLAH..mempertemukan kami..insan ini adalah pilihan MU ya ALLAH..tempoh yang agak singkat..hampir sebulan perkenalan..sekali pertemuan...istikharah minta ptunjuk..akhirnya..cincin sebagai tanda disarung di jari..agenda merisik menjadi hari pertunangan "rabbi yassir wala tuassir"..

Bagaikan mimpi..tapi itulah hakikat..tak percaya, gementar, gembira..bebagai2 perasaan yang ada bila famly dah setuju..gembira melihat senyuman bapaku...al-maklumlah..ku yang terakhir yang belum mendirikan rumah tangga..9 orang dah lepas..harapan menggunung tinggi bagai gunung everst..kalu dulu..setiap hari tnya..bila lagi...bila dan bila...ada la tu..doa bnyak2...hehe..sekarang dah tak sabar tunggu nak kenduri lak..

Jauh disudut hati..syukur sgt2..pertemukan dia untukKU..punyai ciri-ciri sedap mendengar dan memandang...pegangan agama itu penting..insyaALLAH berikanlah kekuatan untuk kami melayari bahtera yang tidak lama lagi..terima kasih bakal zauj yang terpaksa memahami diriku yang serba kekurangan...masih tempoh perkenalan walau ianya singkat tapi amat bermakna..

Dalam meniti hari2 yang bakal tiba hampir 2 bulan ja lagi..bnayk persiapan yang belum ku laksanakan..yang pasti assgment maktab perlu disiapkan awal..huhu...ermmm..banyak benda gak kena wat..sebbnyya kat umah kg tak dak sapa nak settle..umah lak kadang2 kalu ku blik baru bawak ayah balik rumah..jadi umah kosong so..fham2 la umah tak dak org ni..kena bnyak mengemas..kerap la blik kedah pasni..nak wat persediaan majlis seumur hidup..hehe..terima kasih, kak2 abg2 yang bg support..saat2 macamni terkenang mak...moga dia bahgia di sana..amenn..


Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya…dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya