Ya Allah..
Kurniakanlah kami seorang suami yang soleh.
Yang menjaga hatinya hanya untuk yang halal baginya..
Yang sentiasa memperbaiki dirinya..
Yang sentiasa berusaha mengikuti sunnah Rasulullah..
Yang baik akhlaknya..
Yang menerima kami apa seadanya..
Yang membimbing kami dengan lemah lembut..
Yang akan membawa kami menuju JannahMu Ya Rabb..Kabulkan,
Ya Allah..
Yakinlah bahawa yang digariskan oleh ALLAH
Yakinlah bahawa yang telah ditulis oleh Allah dalam Kitab-Nya..
Adalah yang terbaik untuk kita
Adalah yang paling sesuai untuk kita..
Adalah yang paling membuatkan kita rasa bahagia
Kerana Dialah yang paling mengerti kita, lebih dari kita sendiri. Dialah yang paling menyayangi kita. Dialah yang paling mengetahui apa-apa yang terbaik untuk kita. Sementara kita hanya sedikit saja mengetahuinya dan itupun hanya berdasarkan pada persangkaan kita..
No comments:
Post a Comment