Friday, August 20, 2010

Alhamdulillah....

Syukur teramat sgt kepada SANG PENCIPTA..ALLAH S.W.T...berkesempatan untuk menikmati bulan karemm pada tahun ni..

Ramadhan al.mubarak...bulan untuk umat...bulan untuk kita semua...bulan tarbiah buat kita...alhamdulillah...sekejap jer rasa dah masuk hari kesepuluh ramadhan, telah pergi fasa yang pertama buat kita....dan akan melangkah ke fasa kedua..sekejap jer..tgal lagi 20 hari untuk kita sama2 memenuhi bulan ramadhan kali ini dengan ibadat2 sunat yang lain ~sunat tarawikh, bertahajud, tadarus dan tadabbur AQ.~.dan seterusnya beristiqamah untuk terus sehingga ke akhirnya..insya ALLAH...


"Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka"

Macamna dengan tadarus?? Insya ALLAH...masing2 menggunakan gear yang sesuai bagi mencapai target untuk mengahbiskan 30 juzuk insya ALLAH...bagi kaum hawa perlu menggunakan gear2 yang agak laju kerana diberi rehat seketika untuk melaksanakan ibadah2 tertentu...;)

Jadi, mari sama2 kita gunakan masa yang ada dengan sebaiknya..

Firman ALLAH ;

Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran.

(Surah Al-Asr: 1-3)





Thursday, April 29, 2010

Air mata...

Sedih..yer amat sedih...ALLAH anugerahkan wanita..mudah dengan air mata...wanita tak dapat lari dengan air mata...air mata juga teman setia wanita..sedih, gembira, kecewa..semua di persembahkan dengan air mata.. rasa puas dengan air mata.. tapi inilah hakikatnya...air mata bukanlah satu kelemahan bagi wanita..tapi ia merupakan satu jalan untuk menstabilkan emosi ketika emosi sedang memuncak...inilah senjata yang dilempar...Kenapa saya menangis..??kerana saya wanita..itulah jawapan mudah yg perlu dijawab..tetapi..biarlah air mata ini tidak jatuh hanya kerana perkara2 yang jauh dari keredaanMU..air mata yg paling berharga ialah ketika hambaNya bermunajat menginsafi diri..berasa kerdil dengan apa yg dianugerahkan nikmat sehingga saban hari menghirup nikmat itu dan tak tertinggal walau sezarah..namun masih mengabaikan tanggungjawabNYA tanpa segan silu..

"Semoga air mata yang jatuh di sudut-sudut mataku ini..adalah air mata yg berharga dipandanganNYA..amin"



Sesuatu yang ingin saya kongsi disini.. fakta menarik tentang air mata wanita..
Dipetik dari buku hikmah terapi air mata menangis kerana Allah Karya Hasan bin Muhammad Ba’Mu’aibid diterjemahkan oleh Mohd Basri bin Yusof (http://halaqah-online.com)

Mengapa Perempuan lebih banyak menangis daripada lelaki?

Kajian ilmiah menetapkan bahawa perempuan lebih banyak menangis empat kali ganda berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.

Para ilmuwan Amerika sampai pada kesimpulan bahawa menangis sangat berguna untuk kesihatan. Air mata yang asli, baik itu air mata bahagia atau air mata kesedihan dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh.

Perempuan lebih banyak menangis kerana mereka sering hanyut dalam tangisan. Mereka mengeluarkan tangisan dengan diiringi suara yang dapat didengar sebanyak 64 kali dalam setahun. Sedangkan lelaki hanya mampu menangis 17 kali dalam setahun.

Para ilmuwan berpendapat “ Jenis air mata yang mengalir akibat tekanan perasaan (emosi) dari segi bentuk dan fungsinya adalah berbeza-beza. Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak balas atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan perasaan. Dengan demikian, ia lebih penting daripada protein.”

Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jenis penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.


Menangis faktor penyebab panjangnya usia kaum hawa

Para ilmuwan menegaskan bahawa menangis dapat menyebabkan panjangnya usia kaum hawa. Menurut mereka, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. Perkara ini mengakibatkan tubuh akan bebas dari racun. Para ilmuwan dalam bidang kedoktoran jiwa menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.

Para doktor pakar mata juga berpendapat bahawa air mata berfungsi membasuh mata dan mengosongkannya daripada kandungan racun yang muncul akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yang selalu datang silih berganti

Hormon berbicara yang dimiliki oleh kaum hawa

Perempuan memiliki hormon yang dipanggil oksinosin. Para ilmuwan menamakannya sebagai hormon pengendalian watak. Hormon ini dianggap sebagai faktor terpenting di sebalik fenomena bersembangnya kaum perempuan dengan teman-teman ataupun keluarga mereka untuk menghilangkan stress dan bukan cara menyembunyikan diri atau melampiaskannya dengan tindakan yang zalim seperti yang dilakukan oleh lelaki.Ini akan berhujung pada satu kesimpulan bahawa kaum hawa lebih sedikit menjadi Koran akibat kekacauan saraf atau lebih sedikit terjerumus ke dalam jurang kewujudan ubat daripada lelaki

Air mata yang termahal siapa yang punya?

  1. Ibu
  2. Ayah
  3. Remaja
  4. Orang yang dizalimi

Sekian..

p/s: jadi kepada kaum hawa, usah bimbang jika anda mengeluarkan air mata..apa yng penting perlu cover dengan air mata..nangis sorok2 erk..jgn bagi org tau kata kita nangis..hehe..:)



Wednesday, April 21, 2010

~Terus berlalu

Teman sesawang penuh dengan sawang..huhu...lama dah Xupdate blog nii..nak update kena makeup2 blik..dah bersawang kena vacuum balik..
Xbleh disalahkan dengan masa..masa bukan menunggu tapi mengejar... syukran pada teman yg menegur..~asyik bc blog org jer..blog sendiri Xupdate "memandangkan diri ni memg suka menerjah blog2 org..walaupun si penulis tidak mengenali diri ni..hehe" tapi pe2 pun blog sahabat2 ku hebat2...bnyak info2 manfaat.. insyaALLAH.. doaku..segala kerah tenaga keluarkan idea dan ilmu dpt menjadi IBADAT kepada semua...amin..

"Sesungguhnya ALLAH SWT menyukai org-org yang terus-menerus berdoa"
[hadis Riwayat Al-Auza'i]


"Kita cbuk, lantaran waktu yang suntuk..
"kita celaru, lantaran ada juga waktu yang cemburu....
"Kita kecamuk, lantaran waktu yang sangat kalut..
"Kita kebas, lantaran waktu yang sangat pantas...

DImanakah kita dengan WAKTU...

Bilamana waktu berlalu..
kita bagaikan terkejut...celaru, kecamuk..kebas..
mengapa begitu pantas....???
sehingga tidak percaya dan bertanya pula..
mungkin..kita mengabaikan detik yang berlalu...
dan mungkin juga..kita sambli lewa akan minit yang berlalu..
bahkan tidak endah akan jam yang berputar disitu..

Dimanakah kita dengan WAKTU??

SesungguhNYA..
setiap detik dan saat yg berlalu..

waktu kita hanya ada pada yang ESA...
hati kita perlu berdetik ingat padaNYA..
solat kita adalah ibadah kepadaNYA..
kerja kita adalah ibadah kepadaNYA..
makan minum kita adalah ibadah kepadaNYA..
rehat kita adalah ibadah kepadaNYA..
muamalah kita adalah ibdah kepadaNYA..
tidur kita juga adalah ibadah kepadaNYA..

Disitulah WAKTU yang ada pada kita...
dunia adalah tanaman kita..
akhirat adalah TUJUANNYA...
hidup mati KAMI adalah untukMU..
......ALLAH YA RABB...







~ibtsm~

Monday, February 22, 2010

~Jangan Mengeluh....

"Kenapa ALLAh uji aku dengan sakit mcm ni..." inilah kifarah dosa kita.. jgn mengeluh bla kita dapat berita atas penyakit yg kita alami....bila dpat berita mcm tu sifat sabar yg timbul dlm kita pada masa tu adalah tahap sabar yg paling terpuji ?(ustaz azhar idrus)...perlu kuat..boleh mengadu sakit pada kawan2. DR...asalkan kata2 kita tak nampak mcm kita tak suka atau marah dengan ALLAH ....JGN MENGELUH...

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda: “Sakitku adalah lbh berat drp (sakit) dua org antara kamu..”

Diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A, bhw Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila Allah menghendaki kebaikan ke atas seseorang, Dia akan mengujinya dgn kesulitan..

Diriwayatkan juga dr Abu Hurairah R.A, bhw Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Utk setiap musibah, penyakit, keresahan, kesedihan atau kesakitan yg menimpa seorang Muslim – hatta luka yg disebabkan tertusuk duri – Allah akan menghapuskan dosa2 nya..

Ibn Mas’ud radhiallahu ‘anh berkata: Aku menziarahi Rasulullah sewaktu Baginda sakit. Aku mengatakan, “Ya Rasulullah, engkau menghadapi demam yg kuat!” Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab, “Demamku adalah dua kali (kuatnya) drp kamu..” Aku bertanya lagi, “Adakah krn engkau mendapat dua kali ganjaran?” Jawab Baginda, “Benar.. Tiada seorang Muslim yg ditimpa kesakitan – walaupun hanya luka yg disebabkan tertusuk duri – melainkan Allah akan menghapuskan dosa2 nya disebabkan kesakitan itu, dan dosanya gugur spt gugurnya dedaun dr sepohon pokok..”

Ya-ALLAH berilah hamba MU ini kekuatan dan kesihatan yg baik...aminn...



Wednesday, February 10, 2010

~masuk gaji..nak beli pe..???


Bla masuk ja gaji..mcm2 pike nak beli itu ini...tapi ingat jgn boros..
beli ikut keutamaan...boros amalan syaitan kan..
tambah2 org pompuan...da saja yg Xcukup.."pesanan buat diri"..
kena spend jugak duit kan..untuk masuk depan...







PANDUAN HIDUP BERSYARIAT...
tema majalah solusi..majalah ni "mesti beli" tiap kali masuk jer gaji...
ni la sebagian majalah yg suka dihimpun dan dibaca oleh cik tqah selpeas majalah i ..
bnyak info dan artikel menarik yg da dlm majalah nie..
jadi sapa yg tak penah baca try la baca...best...




Saturday, January 9, 2010

Beralih angka..

Salam maalhijrah 1431H dan salam tahun baru 2010...
salam umur baru....mcm Xcaya jer rasa mcm muda ja lagihehe...
dah hampir sebulan sambut taun baru mal hijrah dan dah seminggu masuk tahun baru..
sekejap ja rasa..umor semakin meningkat..amal perlu diperbanyakkan lagi..
Tahun 2010....apa akan terjadi..DIA yang maha mengetahui segalanya...hidup mati sakit jodoh rezki..perancangan ALLAH maha hebat..think positif

~Allah yang mengetahui segalanya~


~pic guna kamre baru..i like this~




~Adilah dah masuk darjah satu..1st day nak pg sekolah baru..semangat btol..awal2 subuh


Tuesday, December 29, 2009

~sukarnya bermujahadah....~


Sukarnya bermujahadah...
dalam saat dan ketika ini...
hidup perlu kuat bermujahadah...

yA-ALLAH bantulah hambamu....




jika mahu mendapatkan yang soleh,
kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh,

tetapi berusahalah menJADI yang solehah.

Jika inginkan yang solehah,
janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah,
tetapi berusahalah menJADI yang soleh.
Bertemu yang solehah,
solehahnya dia belum tentu kekal.
Bertemu yang soleh,
solehnya boleh berubah…
kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.........




Saturday, December 26, 2009

Renung sejenak....



"Mak lang..semua orang kat dunia ni mati ka nanti...adilah, ummi, abi, mak lang semua mati ka..?" tnya anak kecil..."ya..semua yang hdup kat dunia rasa mati...kita pun tak tau bla kita akan mati...bila-bila saja ALLAH boleh cabut nyawa kita...jadi, kita perlu ada bekal..nak jumpa ALLAH nanti...kalu kita tak bawak apa2 amal ibdat macamna nak jumpa dengan ALLAH... DIA yang cipta kita..."sambung ku lagi.. "ooo...nanti bila dah mati boleh tak adilah jumpa ummi abi...??" soal penuh tanda tnya "Boleh...Adilah kena banyak doa...buat apa yang ALLAH suruh, sembahyang...ikot ckap ummi abi..jadi anak solehah..i-ALLAH nanti kita semua akan jumpa.. jumpa di syurga..kita kena doa banyak2..."

Saat perpisahan itu akan tiba..dan tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu...jika datangnya kita tidak diminta, maka perginya tidak diduga. Apabila kita sanggup untuk hidup, maka kita perlu sanggup untuk mati. Apabila sanggup datang, mesti sanggup pulang. Kita disini hanya menghabisi bilah-bilah hari yang ditentukan..tjuan kesini untuk diuji..tiba masnya pasti kembali!"



Thursday, December 10, 2009

~Tunggu teduh Dulu..:)~



"Orang tak boleh pandang kita lemah. Kita perempuan Islam yang ada kekuatan dan maruah."

"Saya Salsabila Fahim telah banyak menderita. Tetapi jangan salah faham kerana saya tidak pernah menyalahkan. Tuhan telah memberi jalur dan warna tertentu untuk kita...Namun, biar saya mengingatkan, cerita ini bukan cerita cinta tiga segi. Ia cerita tentang pengorbanan manusia kepada Tuhan, cerita tentang takdir yang sangat manis setelah dikecap..."

Lamanya Xupdate blog....
bersawang dah....adoh habuk masuk mata...
al-maklumla....masa ni kalu tak guna btol2 camtula...
al-wakt kasssaif...masa mcm pedang...
saja nak kongsi skit...saya da beli novel baru...hangat jgak la novel ni bg sapa yg pecinta novel islam...karangan faisal tehrani.....semua kenalkan penerima anugerah seni negara...
sambil keja msa lapang curik la masa baca novel nih....so good...tp...Xbeh lagi...rmai yg "cup" nak baca...hehe...sabaryer....sya bc Xhabis g....k jumpa lagi.....



Saturday, November 7, 2009

~Kenapa AKU diUJI~

UJIAN ADALAH TARBIAH DIRI...dalam diri setiap insan milik ALLAH tak lari dari ujian...
mcm2 ujian yg perlu kita tempuh...ujian dunia hanya sementara....yg pasti akan tiba ujian di akhirat nnti.....kkdg kita mengeluh..kenapa diuji sedemikian...begitu juga dengan diri ini..kekadang fikir nak lari dari semua ujian yg ada....ASTAGHFIRULLAH.........





KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa
mereka dibiarkan saja
mengatakan; "Kami telah beriman,"
sedangkan mereka tidak diuji? Dan
sesungguhnya kami telah menguji org2
yg sebelum mereka, maka sesungguhnya
Allah mengetahui org2 yg benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg
dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-
IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak
mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan
kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286




RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan
janganlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi
darjatnya, jika kamu orang-orang yg
beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman!
Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-
perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih
daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah kamu
kepada Allah supaya, kamu berjaya
(mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada
Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan
sesungguhnya sembahyang itu amatlah
berat kecuali kepada orang-orang yang
khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr
org2 mu'min, diri, harta mereka dengan
memberikan syurga utk mereka... ..

-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada
Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa
drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dari rahmat Allah
melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Sama-sama kita muhasabah diri kita, kenapa kita diuji....berdoalah sentiasa supaya kita tabah menghadapi ujian yg kita tempuhi...YaRAAB...engkaulah yang maha mendengar rintih hati kecil hambamu ini....