Sunday, September 13, 2009

Amalan 10 malam terakhir Ramadhan ...

Sekejap saja rasa ramadhan sudah nak meninggalkan kita..ayuh sama-sama kita beribadat di sepuluh malam terakhir ramadahan..


Kata `Aisyah "Nabi saw apabila masuk 10 malam terakhir akan mengikat kainnya, menghidupkan malamnya dan mengejutkan keluarganya daripada tidur"

Malam yang paling baik sepanjang tahun ialah 10 malam terakhir Ramadhan. Ini kerana diharapkan berlaku di dalamnya malam al-Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan.
Masuknya 10 terakhir Ramadhan ialah dengan tenggelamnya matahari hari ke 20 Ramadhan dan berakhir dengan tenggelamnya matahari sebelum bermula hari raya.

Tiga perlakuan nabi pada 10 malam terakhir Ramadhan ialah mengikat kain, menghidupkan malam dan menggerakan isterinya daripada tidur. Menghidupkan malam bererti baginda menghidupkan 10 malam terakhir sepenuhnya dengan ibadah.

No comments: