Monday, October 11, 2010

~kapsul wajib di waktu pg dan malam...

...ada jugak kapsul wajib..huhu...nak jaga kesihatan..bg chat..bleh buat keja dan ibadat dengan sempurna insya ALLAH..semestinya dengan produk HPA..nak cita cket pasal kapsul nii...

MEGA 3
Produk ini khusus menggunakan Ikan Tenggiri Biru dari Lautan Artik ini mempunyai kadar DHA yang tinggi jika dibandingkan dengan ikan-ikan laut yang lain. Keunggulan produk ini :

1. Mengandungi kadar mineral yang tinggi

2. Mengandungi protin yang berkualiti

3. Lebih mudah diserap oleh badan

4. Amat sesuai dijadikan amalan oleh ibu mengandung untuk kecerdasan minda bayi yang dikandung

5. Sesuai mulai bayi hingga dewasa untuk pemakanan kesihatan

6. Mengatasi masalah kardiovaskular

Komposisi (60 Kapsul per botol) :

1. Scomber scombrus

2.Mallotus villosus

3. Clupea harengus

4. Engraulis ringens

~ok...bila kita makan ikan...kena da psangannya...so kapsul rossle menjadi pilhan..penah dengar tak asam paya..pagilan orang tua2 dulu..yer..rossle di buat kapsul..tengok ckit citer pasal rossle..

ROSSELE KAPSUL
Produk yang menggunakan herba Hibiscus Sabdariffa merupakan tumbuhan yang mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Roselle Kapsul amat berkhasiat untuk segenap lapisan umur khususnya untuk proses penjagaan kesihatan dan sebagai pencegah dari sebarang jangkitan kuman atau virus yang menyerang tubuh manusia.

Khasiat herba Roselle :

1. Anti Penuaan. Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik.

2. Pencegahan Penyakit Kardiovaskular. Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia dan dianggap sebagai ’silent killer’.

3. Pencegah Kanser. Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam Roselle mampu untuk bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.

4. Demam Panas/Selesema. Roselle amat baik untuk mereka yang sering menghadapi masalah selesema dan sebagai pemakanan kesihatan yang utama kepada mereka yang menghadapi masalah demam panas.

5. Resdung (alergi) dan Lelah (asma). Pengambilan Coscinium Plus dan Roselle adalah dua gabungan yang terbaik kepada permasalahan begini.

6. Stress / Sukar tidur. Bagi mereka yang menghadapi masalah stress dicadangkan mengambil Roselle dimana ia akan bertindak menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit. Roselle juga amat baik untuk masalah dengkur semasa tidur.

7. Masalah lain. Amat baik untuk mereka yang menghadapi luka luar dan dalam, kecederaan, mengatasi masalah penyakit kulit, penenang dan sebagainya.

nilah kapsul yang saya amalkan setiap hari..bgus..alhamdullillah..setiap penyakit ada ubatnya..jd cegahlah sebelum terlambat..hehe..jd sapa2 yang nak tau serba ckit tentang bnyak lagi produk HPA layari laman web ni.. http://hpaproduct2u.blogspot.com/
insyaALLAH..dengan sumber alam yang ALLAh jadikan ni kita ambil sebagai manfaat sebaiknya..tiada bahan kimia ;)

Tuesday, October 5, 2010

~tika membisik di hati...kemana??

Putaran roda itu..kemana agaknya aku..terhentikah aku dipertengahan jalan..sampaikah aku dihujung usia ku nnti..adakaha aku masih begini di hujung usia nnti.amanlanku.aku ingin penghujung hidupku dengan husnul khatimah..

terkenang..berbagai2 kisah dalam hidup..suka..duka..resah..bahagia...semua itu ada pada diri..semua itu ada pada hati..dan ada pada semua itu tidak berlaku dengan sendiri...jika didorong dengan hati..semestinya akan mati...semua itu tidak berlaku dengan sia-sia..semua itu ada asbabnya yg tersendri..dan kini semua itu bagai berlalu sendu..apa yang ku cari...apa yang aku tidak pasti...kdang-kadang ku tidak mengerti..

"Ya ALLAH..ujian apakah yang ada pada diriku ini..terkadang mengikut hati dan perasaan dan tanpa memikir panjang..tetapkan lah ku pada landasanmu Ya ALLAH..jgn walaupun sedikit KAU alihkanku dari pandanganMU.."

..ku lemah..ampunilah aku...

“ Ya ALLAH, tidak mampu menanggung beban perasaan yang menyesakkan dada, lapangkanlah hati kami, agar tidak tersesat dengan kelekaan kami, agar kami sentiasa kembali pada-MU dalam apa jua keadaan yang ENGKAU lontarkan kami didalamnya"

kenapa aku lupa..??? aku hidup di dunia ini..bukan bersendiri..bukan berseorangan..kiri dan kanan..ayah, kakak, abg, ustaz, ustazh, sahabat, kawan. ku tidak bersendirian...perlu bersyukur pada mu..al-Quran yang KAU beri sebgai pannduan..Rasul sebagai ikutan kami..aku sentiasa diawasi..malaikat kiri dan kanan ku yang sentiasa mencatit amalanku..aku ada syariat landasan yang harus dijaga dan diamal..yang pastinya nnti..aku akan kembali sepertimana diawal kejadian ku..bersendirian..didalam rahim ibu..dan aku akan kembali bersendrian di alam kubur nanti..

"Ya ALLAH..kau ampunilah dosa hambaMU ini..aku inginkan taman2 syurga yang engkau janjikan...aku inginkan bahagia abadi disana..tatapkanlah iman kami...hidupkan lah kami dalam ketaqwaan padamu..amin-amin Ya rabb.."